Monday 17 October 2011

Lawatilah kami di Facebook.

Kini anda juga boleh memperolehi info-info terkini kelab di laman facebook.

Sila klik link dibawah:
www.facebook.com/sepedaklasik

Thursday 13 October 2011

PENGUMUMAN

Program Kayuhan 1 Malaysia anjuran Kelab Sepeda Klasik Kinta pada 30/10/2011 ini telah ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Kelab akan memaklumkan jika terdapat sebarang info terkini mengenai program ini. Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih.

Friday 19 August 2011

Pelancaran kempen kibar jalur gemilang anjuran rukun tetangga taman Wah Keong pada 20/08/2011

Kereta lembu turut menyertai kempen ini.




Terima kasih Dato, dan semua yang
terlibat diatas kesudian menjemput kelab kami bagi menjayakan program ini.






Friday 5 August 2011

Update Kayuhan 1 Malaysia...

Pihak penganjur telah bermesyuarat dan menetapkan tarikh bagi Kayuhan 1 Malaysia ialah pada 30/10/2011 bertempat di Dewan Dato' Ahmad Said,Sg. Rokam pada pukul 8.30 pagi.

Segala persiapan bagi menjayakan program ini dalam frasa terakhir. Segala dokumen seperti borang penyertaan dan flyers akan diedarkan dalam masa terdekat.

Wednesday 22 June 2011

Kayuhan 1 Malaysia anjuran Kelab Sepeda Klasik Kinta

Kelab sedang merangka program Kayuhan 1 Malaysia yang dijangka akan berlangsung pada bulan September ini disekitar Bandaraya Ipoh. Program ini terbuka kepada semua jenis basikal dan penyertaan dijangka sekitar 200 penyertaan sahaja. Segala maklumat lanjut berkaitan program ini akan dimaklumkan kelak. Terima kasih.

Thursday 16 June 2011

Perarakan Perkahwinan


Dua mempelai berarak diiringi dua beca serta puluhan basikal klasik
Baru-baru ini kelab telah dijemput bagi mengiringi perarakan perkahwinan salah seorang daripada ahli kelab. Perarakan ini merupakan kali keempat dimana kelab telah terlibat. Kelab kami menawarkan service ini kepada sesiapa yang inginkan kelainan dalam majlis perkahwinan mereka. Charge perkhidmatan akan dikenakan berpandukan pada jarak sesuatu majlis diadakan, beberapa buah basikal dan beca diperlukan. Bagi sesiapa yang berminat bolehlah terus menghubungi Pengerusi kelab iaitu En.Bahri di talian 019-5553252.

Tuesday 24 May 2011

Orang biasa basikal tua...


Basikal yang masih menjadi buruan para peminat basikal klasik
 Lagu Basikal Tua dendangan Allahyarham Sudirman cukup sinonim dengan pengemar-pengemar basikal tua. Walaupun sudah ditelan zaman tetapi populariti basikal tua ini masih utuh dengan adanya generasi muda yang meminati dan memelihara warisan zaman ini.

Moh kita layan lagu basikal tua.....

http://youtu.be/ESppqC-1y78

Pertandingan Karaoke Mesra...


Para peserta bersama hadia-hadiah yang dimenangi.
 Baru-baru ini kelab telah mengadakan aktiviti iaitu Pertandingan Karaoke Mesra anjuran bersama dengan Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Perak bertempat di Dewan Ahmad Said Sg. Rokam pada 14-15 Mei 2011 yang lepas. Aktiviti ini berlangsung selama dua hari dimana pada hari sabtu diadakan peringkat saringan dan keesokkan harinya peringkat akhir. Sambutan yang diberi amat menggalakkan. Pihak penganjur berbesar hati dengan kehadiran Penaung Kelab Sepeda Klasik Kinta iaitu Dato Hamidah Osman yang sudi hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan mewarna yang juga diadakan pada sebelah pagi. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja-penaja seperti Nestle Product, JKKK Kg. Sg Rokam bagi menjayakan aktiviti ini. Tidak lupa juga kepada ahli-ahli kelab yang telah bertungkus lumus membanting tulang bagi memastikan program ini berjalan dengan lancarnya. TERIMA KASIH SEMUA....

Friday 22 April 2011

Kelab Sepeda Klasik Kinta

Terima kasih kepada semua ahli kelab ini kerana memberi kerjasama dalam menjayakan penubuhan kelab ini.